Wednesday, 15 February 2012

Perjalanan Hidup Seorang GURU ....


Teringat kembali sewaktu mula-mula bergelar pendidik. Tidak pernah terlintas di fikiran untuk menjadi seorang guru dan kalau ada pun, ianya mungkin pilihan terakhir. Sewaktu itu, saya merasakan kerjaya ini sebagai pilihan terakhir kerana tidak mempunyai minat terhadap kanak-kanak. Mentaliti mengatakan mengajar budak-budak adalah “leceh” dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Tambahan pula, di Malaysia, masyarakat tidak memandang tinggi terhadap profesion ini. Jika dibandingkan dengan profesion ini di luar negara, guru diletakkan di kedudukan yang tinggi dan setaraf dengan kerjaya kelas pertama seperti doktor, jurutera, arkitek dan sebagainya. 
Alhamdulillah rezeki di bidang ini. Jika sudah tertulis takdir itu sebagai seorang pendidik, maka kita hendaklah redha dengan ketentuanNya. Apabila setapak kaki melangkah ke kawasan sekolah ini, terdapat jiwa lain yang menusuk kalbu. Setiap hari bersama pelajar-pelajar. Hidup dikelilingi mereka. Semakin diselami perkataan “pendidik” itu sendiri, saya jatuh cinta terhadap profesion ini.  Tidak dinafikan kerjaya ini memerlukan tahap kesabaran dan pengorbanan yang tinggi tetapi jika kita dapat mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna dan dapat menyampai ilmu dengan sempurna. Ianya membawa satu nikmat yang tak terhingga. Kerjaya ini merubah saya menjadi manusia yang lebih baik. Semoga profesion ini dapat dimartabatkan  di mata masyarakat . Satu ungkapan yang dipegang sehingga detik ini “bekerja biarlah dengan hati yang ikhlas”.

No comments:

Post a Comment